Monday, August 9, 2010

Seloka Blog


Assalammualaikum pembuka kata
Entri kali ni luar biasa
Bukannya kerana apa-apa
Hanya kerna cik blog nak berseloka

Sehari tak update
Sedih mendatang
Bila dah update
Gembira bukan kepalang

Kerja otak fikir-memikir
Khas untuk follower semua
Bila entri dah terukir
Apa lagi, tengoklah semua

Follower banyak konon famous
Tengok entri haram tak best
Kau tengok syazril tak harap famous
Tapi setiap entri gila best

Hias blog bukan main
Alasan kerna nak tarik pengunjung
Kalau entri pun buat main-main
Jangan harap la diowang nak kunjung

Sini iklan, sana iklan
Letak tajuk suruh klik
Kalau tangan pun dah segan
Ade ke orang nak klik ?


Post sana, post sini
Tujuan hendak promosi
Tak harap pun traffic tinggi
Hanya harap karya dihargai


Hye2 kata temu
Bye2 kata pisah
Jikalau tuan hamba dah jemu
Tidak mengapa, beta tak kisah

Saya sekadar ingin meluahkan rasa
Semua ini rekaan semata-mata
Kalau hati dah terasa
Tiada kata hanya maaf dipinta.


P/S : Aku ni tak la reti nak berpantun / seloka sangat. Aku buat pun suka-suka ja. Tiba-tiba ja idea mai kat otak aku, aku pun tulis ja la. Kebanyakkan aku tuju untuk kawan-kawan blog aku yang dulu. Skunk depa tak guna dah blog. Aku pun tataw awat. Tapalah. Asalkan aku guna blog lagi. heheh ! Adios ! :D

14 comments:

  1. wah kreatifnye tulis pantun ye..
    sy nak tulis pantun 2 kerat pun payah..ni kan lagi panjang berjela-jela :D

    ReplyDelete
  2. @nurnajaa: haha..mendalam sungguh makna. merendah diri. thumbs up!

    @Mr.Z: ni seloka kot klu tgk tajuk..xD

    ReplyDelete
  3. ok pe seloka ko ni...shazril tu sapa?buat le link

    ReplyDelete
  4. haish . tak sia2 aku ajaq hg dulu kan . haha !

    ReplyDelete
  5. Mr Z : ngeeee~~~ macehh ! sekadar suka2 ja. :D
    Relofa : hehhhe. :)) macehh ! ^^
    Mario : ngeee~~~lupa la plak td nak boh link. dah boh dah ! macehh tringatkan ! :)
    syerah syg : gagaga ! bila masa hang ajaq weh ?? memandai jaa..haha ! :D

    ReplyDelete
  6. aarghhh~ ak dah pi tgk blog shazril. aku pening~

    ReplyDelete
  7. fid : ngeeeeeeeee~~ maceh. :D
    relofa : kenapa plak pening ?

    ReplyDelete
  8. relofa : biasalah~ sebab tu blog dia nama karingeri. haha !
    Abu : macehh follow. =P
    asal tq ? saya ada buat apa ? hoho !

    ReplyDelete
  9. masalahnye,tu bukan kari! tu mayat~~~~~~~~ ilang kot selera mkn....nsib bek la nk dekat posa..:D

    ReplyDelete
  10. relofa : hahah ! maksud saya..yang perkataan ngeri tuh..sesuai bebenor kan ? haha !
    selamat berpuasa ya ! :)

    ReplyDelete
  11. Mmg sesuai bebenor. haha!
    selamat berpuasa jgk~♫

    ReplyDelete

Post Aku

Related Posts with Thumbnails