Nama dia chomey. Kami panggil dia chomey pun sebab dia comey. Tadak sebab lain dah. Hehh ! Dia betina.
Dia kalau tadak keja suka tidoq. Sat g mula la dia pose dengan muka yang chomey lote. Nak masuk Amerika Next Top Model tak lepas so, dia pose ja la kat umah aku. ciss.
Bila dia lapo ja, mesti pose muka comey2 kat aku. Konon2 mintak simpati la tu. Nyampah aku. Ciss !
kalau aku tak kasi makan, dia majok ngan aku. Kucing pon boleh majok. o_O
disebabkan cita2 dia tak tercapai, maka aku tunaikan lah impian dia tu. Setiap kali dia pose, aku snap ngan kamera aku. Ni contoh2 pose dia. Tukang edit, aku la, sapa lagi.
Kalau nak tau, kucing aku ni special sikit, sebab tu aku sayang dia. Ni ada info sikit pasai dia.
1. Dia kalau nak uhh uhh, dia jenis buang kat tandas sahaja. I repeat, tandas sahaja. Serius. Aku pun tataw napa. Tapi bagus la sebab tak yah aku susah nak basuh. Heheh !
2. Kalau aku jentik telinga dia ( tanda jangan kacau aku ), dia mesti ikut. Heran aku. Pastu dia dok diam..tak kacau aku dah. hehe. aku jentik pelan ja. kalau adik aku, gilo..kuat betul dia jentik. kekadang aku tgk, kesian kucing aku tuh. haish..
3. Dia bab makan, no hal. Aku bagi roti pun dia hentam ja. Heheh ! Tapi slalu aku bagi ikan rebus je. Kekadang selang seli dengan makanan Friskies tuh. kekadang dia dapat tuna. Kekadang dia posa ja. Heheh ! Kira bertuah jugak la kucing aku ni. Macam2 dia dapat. Keh keh keh ! Aku bagi popcorn pun dia sebat ja. eheheh ! :D
4. Kebersihan. Yes, aku tak suka Chomey kotor. Nanti bila aku nak belai, bau mucukk. Wekk ! Ta suke ta suke !*menggedik kejap*. Aku nak dia wangi sentiasa. Hee~. Lalu aku ngan adik aku pun mandikan dia. Keh keh keh ! Sorang pegang kaki, sorang pegang tangan, so dia dah taley nak larik. hoho !
5. Berlari keliling rumah. Ntah apa pasai dengan dia. Tiap2 hari lari dalam rumah. Ntah ape yg dia kejar. Oh ya, aku dok flet so..dia memang jarang kuar rumah la. Sat g takut hilang. Ada sekali tu, adek aku ingat Chomey dah hilang sebab cari tak jumpa. Dia punya la nangeh mengalahkan budak2. Last, kucing aku kuar selamba je dari bawah katil siap mengeliat lagi. Pastu dia buat muka innocent dia, landing sana, landing sini. Haish~ Dia tak sedaq langsung yg adik aku cari dia. Gila..adik aku punya geram, habis dia jentik telinga Chomey. Sian2. Haahah !
Asal usul Chomey :
Mak aku la yang jumpa dia dulu. Masa tu dia dalam keta bekas majikan mak aku. Ex-boss mak aku ingat nak buang ja tapi atas dasar kasihan+sayang kucing, mak aku pun amek la dia. Bawak dia balik. Hadiah untuk adik aku sebab mak aku tau yang adik aku ni gila kucing. *Masa tu Chomey kecik g. Sekarang dah beso gedabak dah.*
Kucing First aku.
Dulu aku ada bela sekoq kucing nih. Jantan kot. Kami panggil Boboy. Ntah cam na, satu hari tu, dia kuaq rumah. Tunggu punya tunggu, dia tak balik2. Adik aku p cari dia tapi tak jumpa. Fed up punya pasal, kami biar je la dia mengembara. Uhuk2.
Tammat cerita kucing aku.
No comments:
Post a Comment