Sunday, June 20, 2010

Ehem2, pengumuman2..


Hari Ahad. Jam 3.44 pagi. 20 Jun 2010.

Tu la tarikh aku buat blog ni. Buat pun suka2 ja. Aku ada banyak dah blog. Kalau kira semuanya ada dalam 8 blog tapi 2 daripadanya aku dah padam. So termasuk yang ni, aku ada 5 blog untuk diuruskan. (T_T) Banyak kan ? Huhuhu~ Chupp ! Tak payah tanya kat aku soalan. Aku dah tau apa yang korang nak tanya. Heheh ! Biar aku jawap dulu ea ? Kalau ada juga, sila tanya di Formspring aku atau tanya di bawah ni (bahagian komen). :)

Kenapa buat banyak sangat blog ?
Emm..well..nak buat cam na kan, dah itu minat aku. Kalau aku kata aku nak buat, aku buat r. Kesah ape kan ? Blog aku bukan blog hang ! (wuish..kasar plak bunyi nya.)

Asal cakap aku-hang ? Tak leh ke guna bahasa elok sikit ?!
Hohoho ! Sekali lagi aku ulang ya, ni blog aku bukan blog hang ! Aku ni kalau suruh cakap/tulis elok boleh aih. Saya...awak..kite...ahh !! Aku geli sebut/tulis saya-awak ni ! Aku orang KEDAH so aku dah terbiasa cakap/tulis aku-hang. So, biasakan je la. Nanti meh aku ajaq hampa bahasa Kedah, maw ? Heheh !

Tak rasa ke buat blog banyak2 ni buang masa ja ?
Ape ? Ulang lagi sekali. Buang masa ? Hahah ! Bagi seseorang yang minatnya terlalu dalam terhadap dunia blogging, dia tidak akan rasa blogging ini buang masa sebaliknya dia akan rasa yang dunia blogging ini sebenarnya sangat seronok dan banyak pengetahuan yang kita boleh dapat di samping menambahkan pendapatan dan berkongsi pengalaman yang sedia ada dengan setiap pelawat yang sedang melawat blognya. Nah..amek hang..panjang tu jawapan aku. :D

Ada ke orang nak tengok blog hang ?
Laaa...yang hang tengah dok tengok blog aku ni bukan ke dah terjawap soalan di atas ni. Ape daa~ (=.=)

Blog ni tentang apa ? Apa yang menarik nya ?
Blog ni tentang aku dan pengalaman aku masa kecik2 dulu. hheheh ! Aku pown tataw apa yang menariknya. Hang rasa apa yang menarik ? (eh2, tertanya hampa pulak)

Dah. Tamat. Aku pown tataw nak tulis apa dah. Hampa nak tanya apa sila lah tanya. Ouwh ya, kat blog aku ni, aku guna sistem komencinta atau dalam bahasa inggeris dipanggil commentluv. Sila letak link blog anda (kalau ada blog) nanti senang aku nak tengok sama ada blog hampa dah update ka tak. :)
Cara dia cam ni, hampa tekan dulu tajuk entri aku ni, pastu hampa tunggu sat. Sat g dia akan kuar kat bawah tu tempat komen. Harap bersabar. Kalau ada yang tak suka/tak nampak sila inform aku dengan A.S.A.P kat chatbox atau Formspring. Sekian.


update : tukar guna komen lama. maaf. T_T.

Kamus blog aku :
hampa = korang
hang = awak, kau

2 comments:

  1. komencinta?mana ada..
    hang muhong aih.

    ReplyDelete
  2. huhuuh~~ maaf2, saya dah buang la. T_T

    ReplyDelete

Post Aku

Related Posts with Thumbnails