Friday, October 22, 2010

Perjalanan pagi buta


Jumaat, 22-10-2010, 02:31 a.m.
Di keheningan malam yang sunyi, aku duduk seorang diri menghadap computer yang sudah lebih dari 3 tahun usianya sejak aku menjejaki alam sekolah menengah. Di luar rumah aku, kedengaran bunyi kereta menyusur masuk parking entrance. Mungkin jiran aku baru balik dari tempat kerja atau mana-mana je la. Atas rumah aku ( aku duduk flet ), kedengaran pulak suara pemuda-pemudi menghilai ketawa bersama rakan-rakannya. Sesekali, aku terfikir, ape la yang depa tengok ni. Bola ke ? Awek ke ? Ahh, sudah. Tak penting pun.


Aku menjenguk balkoni rumahku. Sejuk. Dingin. Sunyi. Pemandangannya tidaklah secantik pemandangan dari KLCC namun cukup untuk menenangkan aku buat seketika. Ku dongak atas. Wahh, ada bintang. Cantik. Tapi sayangnya, dalam science, benda-benda berkelip yang kita panggil bintang ini bukanlah bintang sebenarnya. Semua tu adalah planet yang terletak jauh dari Bima Sakti kita. Seperti kita yang mempunyai matahari, depa pun ada matahari depa sendiri namun tidak dapat dikenal pasti berapa saiznya. Matahari itulah yang membuatkan Bima mereka berkelip-kelip dari jarak yang jauh. Cantik kan ?


Tak banyak bintang yang mampu aku lihat malam tu. Dari rumah aku, cuma buruj Belantik yang dapat dilihat. Buruj ni lah yang paling senang aku nak kesan. Melihatkan buruj Belantik tu, membuatkan aku terkenang zaman persekolahan darjah 6 aku. Cikgu science aku lah yang ajar semua ni. Aku lupa la pulak nama dia apa tapi kalau tak salah, Cikgu Azlina kot. Dia nampak je garang tapi baik sebenarnya. Dia tegas. Setiap kali dia ajar aku Chapter Universe ni, aku memang excited. Aku suka sebenarnya bab2 alam semesta ni. Entah cam mana aku boleh suka. Aku suka tengok planet, bintang, komet, meteor yang ada di angkasa, bulan mereka yang ada sampai lebih dari 2, dan lain-lain. Best. Aku rindu darjah 6. ;(


Okeh. Stop belajar science. Back to my story. Di sudut yang lain, tepi jalan, aku terlihat satu lembaga hitam. Dia bergerak-gerak menuju tepi padang. Ku pandang kiri kanan, tiada kereta, moto, lori, van mahupun basikal yang lalu lalang. Dari mana dia datang ? Ahh sudah. Aku mulai cuak. Ingin saja aku masuk ke dalam rumah cepat-cepat tapi kaki aku bagaikan sudah terkena gam UHU di lantai. Tak bergerak seinci pun. Mulut aku mula terkumat-kamit memarahi kaki aku yang tak bersalah. Masa ni lah kau buat hal ye kaki ? Nak kena ni ! Aku lihat lembaga tu. Dah hilang. Aik ? Mana dia p ? Entah-entah..dia ada kat belakang aku dah...Oh Tidak !!!!! Mama !!!!!! Tolong !!! Di saat mata nak qiyau, tiba-tiba lembaga tu muncul kembali tetapi kali ni dia tak hitam dah. Dah ada kaler. Aku boleh lihat dia ada mata, mulut, kepala, badan, tangan, dan kaki. Laaaaa..manusia rupanya. Ciss. Buat suspens je. Haree toi. Rupa-rupanya, dia tu orang Cina yang duduk depan padang ni ha. Depan padang aku ni ada rumah teres. Dia ngah siram pokok la tadi. Haiyaa. Lu ar Cina, awalnya lu siram itu pokok. Rajin sungguh bangun pagi-pagi semata-mata nak siram pokok. Pelik. Hahah !


Puas aku lepak kat luar, aku masuk rumah. Segala kesejukkan yang aku rasa tadi dah hilang. Hangat kembali membaluti tubuhku. Ku lihat kucing kesayangan sedang nyenyak tidur di atas kerusi. Alololololo~~ Chomey nya ! Sepadan la dengan nama hang, Chomey. Sesekali dia akan mengeliat sambil menggerakkan kaki dan tangan nya. Ahh..chomey sungguh. Hang memang suka menggoda aku kan kucing ? Sekeh g kot. Haha !


Aku berjalan lemah longlai menuju kamar ku. Di situlah tempat aku beradu, di situ juga lah tempat aku menulis blog ni. Tiada apa yang menarik pun. Bilik aku kecik macam tuan dia. Kadang-kadang semak gila babi, kadang-kadang macam hotel. Aku jarang buat room service. Malaih. Haha ! Kalau aku rasa nak buat, aku buat. Kalau tak, tak buat la. Semak pun semak la janji aku dapat tidoq. Haha ! Kadang-kadang aku tak tidur kat bilik aku. Aku g kat bilik mak aku. Tidur ngan mama. Awww ! Best2 ! Rasa macam kanak-kanak kembali. Weeeeee~~sonok2 ! Hehehe !


Handphone aku dari tadi tak disentuh. Malaih nak pegang. Tadak sapa nak mesej dan dimesej. Bosan. Kredit pun tak berapa nak ada. Aku masih lagi bengang dengan Maxis sebab tarik kredit aku sampai RM 2.00 untuk caller ringtone tanpa bagi apa-apa amaran. Selalunya dia akan antaq mesej kata, “ Your caller ringtone will be renew on bla...bla...”. Macam tu la lebih kurang tapi kali ni tadak. Haree toi. Bengang gila. Dah la aku baru topup. Mangkuk hayun toi. Kalau aku taw, boleh juga aku p delete dulu crt sebelum dia mai tarik kredit. Huhh. Tapa. Aku redha. Huuuuuuuuuuu.


Aku tengok pulak handphone aku yang kedua. Pun tak berbunyi. Handphone ni aku khaskan untuk no Celcom. Tak banyak yang taw no Celcom aku sebab aku tak suka diganggu. No ini private bagi aku. Untuk no Celcom ni, aku pakai handphone murah ja. Nokia 1600. Cukup sekadar hantar mesej, terima mesej, call dan di call. Simple.


Aku tengok pulak handphone ketiga aku. Yang ni lagi la tak berbunyi sebab tak guna Sim Kad. Hehehe. Kalau nak dengar lagu, baru la aku buka handphone tu. Banyak lagu Indie kegemaran aku ada dalam memori 2GB tu. Sound dia best. Sangat kuat oo. Siap ada TV lagi. Kalau aku malaz nak pegi ruang tamu, aku tengok TV kat handphone aku sudah. Sape pun taleh kacau. Haha !

Taip punya taip, tak sedar la pulak masa dah berjalan dengan begitu pantas sekali. Dah nak pukul 4 pagi dah. Lama bebenor aku tulis. Panjang pulak tu.
Siap post ni, aku nak bukak Facebook aku yang bilangan kawan dah mencecah 5 000 lebih. Sesetengah tu aku terpaksa delete sebab friend request yang berlambak terutama dari jejaka nsem membuatkan aku tak boleh nak menolak mereka. Hahah ! Sorry wey. Haha ! Aku pun nak cari boyfriend gak. Haha !

P / s : Sabtu ni aku exam weyy. Wish me luck k sayangg ! ^_^ Tata !

3 comments:

  1. najaa..!
    lama juga tak dtg sini
    entri best, mula2 cm sastera sket pastu pelan2 jd slumber...last skali kluaq bhs kedah..ha3

    hoho nk exam ea? chaiyok! good luck! all the best!

    ReplyDelete
  2. entry paleng baek !
    hehe xD
    akak jgn buang sy sudaa :D

    ReplyDelete
  3. billy : haha. :D yup. exam akhir tahun. thankzz ! ^_^

    yaya : haha. :D tak buang. :D

    ReplyDelete

Post Aku

Related Posts with Thumbnails