Thursday, November 29, 2012

Bila aku gilakan something..

It's a basic things that everyone has it. Something that can make you feel addicted, love it so much, unforgettable and in any way it could be anything .

Haaa, tudiaaa. Speaking dah aku. Tunggang langgang gak ea . Lamo ceq ta karang ayat English neh. Sem 2 dah nak mula . Haduii .
Sejak dua tiga empat menjak, aku rasa diri aku ni dah ketagih something. Sehari tak tengok rasa cam tak sah lak hidup aku neh. Ni semua gara-gara langgan ASTRO ONE HD dulu. First time tengok dah suka and it started to fill my head. Kinda stuck there.


1. Dan, ini dia ! Running Man ! Haihh, seriusly, show ni dah jadi fav aku. Aku start tengok masa episod 82 tak salah aku.
Lepas tu aku tak tengok dah sebab masuk Uitm Pulau Pinang. Masa tu minat tak mendalam lagi.
Tiba-tiba si cousin aku tunjuk cerita RM lagi, tetiba aku rasa, "Eh best gak." Sejak tu la aku dok belek natang ni bila ada masa free.


2. Yeahh. Harimau Malaya ! Baru ja tadi aku tengok game Malaysia lawan Laos. 4-1 oi. Tak sia-sia aku tengok. Masa lawan Singapura kalah 0-3.
Hancuq hati aku sat. Biasa game bola, ada pasang surutnya. Tapi sokongan aku tak pernah surut haa.
Untung aku ada geng yang satu kepala minat bola. Leh la kami jerit-jerit sakan dalam bilik bila ada jaringan goal dilakukan. :P
Tadi jerit sampai sakit tekak kot. Biaqpun depa nun jauh kat keyel nuh, tapi sokongan aku tetap sampai di hati depa. Aicehh.

Setakat ni cuma 2 benda ni ja yang betoi2 menarik minat aku. Ada la sowang mamat tu, menarik minat aku jugak cuma aku takut nak gtaw dia.
Biaq ahh. Biaq jodoh mai sendiri. Heee. :)
Kalau boleh, nak suami cam Dena Bahrin. Ahhh, depa dua ni sama cantik sama padan. :)
Or boleh kata aku quite jealous dengan kisah cinta dia. Ahhhhhh. So suwwwwiiitttt ahh.

Tengok tu. . . sweet ja.
Good for them :)
Untuk aku, InsyaAllah, coming soon la kot :)
Awai g, awai g. Hehehe. :P

Monday, October 1, 2012

UiTM Pulau Pinang


Di sinilah bermulanya sebuah perjalanan penuh liku seorang mahasiswi yang bernama Nur Najaa . .
OUKE, skema. (==")
Start daripada tarikh 19 Jun 2012, tu lah kali pertama aku jejakkan kaki kat sini. Perasaan ? Macam biasa, berdebar-debar+excited+happy = sedih.

Sepanjang 18 tahun aku hidup, ni lah kali pertama aku dok asrama. Sebelum ni pun mak aku suruh dok asrama sebab kalau nak ulang alik dari sekolah menengah aku tu dengan rumah, jauh babe. But . . aku ni penakut sikit so hasrat nak buat aku berdikari tu dilupakan. Hee.
" Maaf ye mak ! Sayang mak sangat-sangat ! "
 Hmm, cerita apa aku nak goreng neh ? 3 bulan dah aku dok sini or to be exact is 3 month 11 days 4 hours and 15 minute . Nak kata best, best gak sebab dapat kawan baru dan pengalaman baru. 5 tahun weh aku dok sekolah perempuan, mai sini ja, Mak ai ! Banyaknya laki ! Anda boleh lihat betapa "perak"nya aku. Haha.


Kolej Kristal - Folks, this is where I lived. :)

Aku cukup beruntung dapat kolej Kristal neh. Dia macam rumah, so hell yeah amat selesa tinggal kat dalam tuh.
Berlainan plak dengan kolej Intan sebab Intan macam asrama biasa. Tandas kat luar, 1 bilik share 4orang, almari pun besi ja.
Aku plak dalam rumah tu ada 2 tandas dan 2 bilik - A & B.
1 bilik memang kena share 4 orang tapi best :) Almari pun lawa sebab diperbuat daripada kayu yang elok. :) *memang aku nak promote pun. Muehehe*
Kalau Intan, sapa nk mandi memang kena bangun awal, kalau tak, kematu lah hang tunggu orang first tu mandi. Tambah plak kalau dia jenis mandi slow motion. Haaaa, tunggu la hang. Aku tayah nak rushing. Lagi best kalau schedule room-mate hang lain dengan hang, so time mandi tu, enjoy la sikit. :)

Makanan kat sini, aku boleh kata dewan makan Nilam(lelaki) lebih sedap dari dewan makan aku. Kristal ni sudah la mahal, makanan plak cepat je bau basi, ta sedap + tak berbaloi. Aku sekarang dah anti dengan makcik gerai no 1 tuh. Bukan ape, time puasa aritu, aku nak beli untuk berbuka. Sikit je aku amek. Nasi+sardin+air teh o ais je. Ce teka berapa semua? RM4 weh. Aku dah macam . . What ?! Orang lain maybe kata, "Standard ah weh" 
Standard pala otak nye. Mahal siot. Aku amek benda yang sama masa p Nilam, tawu berapa harga? RM 2 je. Haaaaaa, nampak ta kenapa aku marah gila? Eeee, cekik darah betol makcik tu. Sejak dari hari tu, aku tak beli dah kat makcik tuh. Tamat cerita. Next time aku merepek lagi kay.

Saturday, February 18, 2012

Pemadam Oh Pemadam



Salam.
Emm. Cena nak mula ayat neh ? Aku dah lama tak tulis tetiba hari ni tangan gatai nak tulis. Aku bab-bab introduction ni memang fail. {=="} Ahh, skip ahh.


Hampa ingat dak masa hampa sekolah rendah dulu hampa suka buat apa ?
Aku..separuh ingat, separuh entah melayang pi mana tataw. Yang aku paling ingat..PEMADAM. Haha ! Nak taw pasai pa ? Here it is.


Masihkah hampa ingat kat pemadam ini . . ?
Yeahh, pemadam cam ni lah yang aku selalu beli dulu. Murah je pun. Sekali beli berbundle, mana main satu. Hehe. Bukan nak nak guna pun. Hajat aku tu lain. Yeah, I know what on your mind right now and I know you did this too. :D


1 - Kerat pemadam tuh jadi kecik-kecik then sambung balik ala2 main puzzle. Haha.


2 - Main game tindan2. Ouhhh, I like it baby ! Dah jadi satu kegilaan dulu main benda ni. Hee. Pemadam sapa yang tindan atas dulu, dia menang.
Let the game begin ! Teehee !


3 - Conteng pemadam dengan pen kendian cop atas kertas. Yang ni lagi la aku suka. Abeh satu permukaan pemadam tuh aku conteng. XD


4 - Habuk pemadam.
Yeah, benda ni sangat disukai oleh golongan perempuan. Aku pun tataw kenapa tapi aku suka sangat gentel habuk pemadam tuh bagi panjang. {=="} Kekadang gentel ngan pembaris, bila malas, guna tangan je senang.
Part paling aku tak suka bila dia terputuih. Haishh. Penat2 aku gentel, tetiba putus. Mau nye tak hangin. Haha ! Well, bebudak g masa tuh.


Pemadam tu punya keras sampai bila kita padam something, kertas mesti akan koyak. Damn. Benci gila. Kenapa lah keras sangat ea dulu ?


Bila dah lama sikit, baru lah pemadam mula lembut. Lega rasanya. Hee.
Ada yang style lain sikit.
Yang ni pun famous gak ni.


Takat tu je lah kot.
Oke. Tata. Titi. Tutu. Salam ~ ^^

Post Aku

Related Posts with Thumbnails