Thursday, October 28, 2010

Luahan hati seorang ISLAM


Tajuk : Aku, Lim dan Islam
Dari : Jeram Pasu
Kepada : Semua insan yang bergelar Muslim.

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Kami sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri-kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang kerumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram,ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin ku nyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat GreenCard, beliau bekerja disana. Itu yang ku ketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang", Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada di perantauan.

"Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak? "

"Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? "

"Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa? "

"Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean? "

"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu,is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian? "

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata

"Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampai kan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorangdiri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku."

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macam mana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku,cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir."

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen?) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah ku sampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam..Amin..


Di perah kaw2 dari kawan aku, malah dia sendiri pun perah kaw2 entri ni dari sebuah email yang diterima. Amacam ? Adakah hampa rasa apa yang aku rasa ? Hampa taw dak naluri keislamanku terasa yang amat sangat setelah baca karangan ini. ;(
Baru aku sedar, bergelar seorang Muslim sahaja tidak cukup untuk buat aku berbangga apatah lagi iman ku yang sehalus kulit bawang. :(
Renung-renungkan dan selamat berdakwah !


P / S : Blog aku berwajah baru ? Suka dak ? Gila drastik aku ubah. Dari tema hitam, terus melompat ke tema puteh + gaya budak2. =_="
Oh ya, ada sapa2 tahu website yang menyediakan lagu utk blog ? Aku nak player tuh boleh on automaticly, ada button stop, dan lagu tak pecah2. Player aku terkena malware. Demit betol. (=_=")
Aku tamaw Gratisan Music atau Mixpod. Next please.  =_=" Sekian. Kerjasama anda amatlah dihargai.

Friday, October 22, 2010

Perjalanan pagi buta


Jumaat, 22-10-2010, 02:31 a.m.
Di keheningan malam yang sunyi, aku duduk seorang diri menghadap computer yang sudah lebih dari 3 tahun usianya sejak aku menjejaki alam sekolah menengah. Di luar rumah aku, kedengaran bunyi kereta menyusur masuk parking entrance. Mungkin jiran aku baru balik dari tempat kerja atau mana-mana je la. Atas rumah aku ( aku duduk flet ), kedengaran pulak suara pemuda-pemudi menghilai ketawa bersama rakan-rakannya. Sesekali, aku terfikir, ape la yang depa tengok ni. Bola ke ? Awek ke ? Ahh, sudah. Tak penting pun.


Aku menjenguk balkoni rumahku. Sejuk. Dingin. Sunyi. Pemandangannya tidaklah secantik pemandangan dari KLCC namun cukup untuk menenangkan aku buat seketika. Ku dongak atas. Wahh, ada bintang. Cantik. Tapi sayangnya, dalam science, benda-benda berkelip yang kita panggil bintang ini bukanlah bintang sebenarnya. Semua tu adalah planet yang terletak jauh dari Bima Sakti kita. Seperti kita yang mempunyai matahari, depa pun ada matahari depa sendiri namun tidak dapat dikenal pasti berapa saiznya. Matahari itulah yang membuatkan Bima mereka berkelip-kelip dari jarak yang jauh. Cantik kan ?


Tak banyak bintang yang mampu aku lihat malam tu. Dari rumah aku, cuma buruj Belantik yang dapat dilihat. Buruj ni lah yang paling senang aku nak kesan. Melihatkan buruj Belantik tu, membuatkan aku terkenang zaman persekolahan darjah 6 aku. Cikgu science aku lah yang ajar semua ni. Aku lupa la pulak nama dia apa tapi kalau tak salah, Cikgu Azlina kot. Dia nampak je garang tapi baik sebenarnya. Dia tegas. Setiap kali dia ajar aku Chapter Universe ni, aku memang excited. Aku suka sebenarnya bab2 alam semesta ni. Entah cam mana aku boleh suka. Aku suka tengok planet, bintang, komet, meteor yang ada di angkasa, bulan mereka yang ada sampai lebih dari 2, dan lain-lain. Best. Aku rindu darjah 6. ;(


Okeh. Stop belajar science. Back to my story. Di sudut yang lain, tepi jalan, aku terlihat satu lembaga hitam. Dia bergerak-gerak menuju tepi padang. Ku pandang kiri kanan, tiada kereta, moto, lori, van mahupun basikal yang lalu lalang. Dari mana dia datang ? Ahh sudah. Aku mulai cuak. Ingin saja aku masuk ke dalam rumah cepat-cepat tapi kaki aku bagaikan sudah terkena gam UHU di lantai. Tak bergerak seinci pun. Mulut aku mula terkumat-kamit memarahi kaki aku yang tak bersalah. Masa ni lah kau buat hal ye kaki ? Nak kena ni ! Aku lihat lembaga tu. Dah hilang. Aik ? Mana dia p ? Entah-entah..dia ada kat belakang aku dah...Oh Tidak !!!!! Mama !!!!!! Tolong !!! Di saat mata nak qiyau, tiba-tiba lembaga tu muncul kembali tetapi kali ni dia tak hitam dah. Dah ada kaler. Aku boleh lihat dia ada mata, mulut, kepala, badan, tangan, dan kaki. Laaaaa..manusia rupanya. Ciss. Buat suspens je. Haree toi. Rupa-rupanya, dia tu orang Cina yang duduk depan padang ni ha. Depan padang aku ni ada rumah teres. Dia ngah siram pokok la tadi. Haiyaa. Lu ar Cina, awalnya lu siram itu pokok. Rajin sungguh bangun pagi-pagi semata-mata nak siram pokok. Pelik. Hahah !


Puas aku lepak kat luar, aku masuk rumah. Segala kesejukkan yang aku rasa tadi dah hilang. Hangat kembali membaluti tubuhku. Ku lihat kucing kesayangan sedang nyenyak tidur di atas kerusi. Alololololo~~ Chomey nya ! Sepadan la dengan nama hang, Chomey. Sesekali dia akan mengeliat sambil menggerakkan kaki dan tangan nya. Ahh..chomey sungguh. Hang memang suka menggoda aku kan kucing ? Sekeh g kot. Haha !


Aku berjalan lemah longlai menuju kamar ku. Di situlah tempat aku beradu, di situ juga lah tempat aku menulis blog ni. Tiada apa yang menarik pun. Bilik aku kecik macam tuan dia. Kadang-kadang semak gila babi, kadang-kadang macam hotel. Aku jarang buat room service. Malaih. Haha ! Kalau aku rasa nak buat, aku buat. Kalau tak, tak buat la. Semak pun semak la janji aku dapat tidoq. Haha ! Kadang-kadang aku tak tidur kat bilik aku. Aku g kat bilik mak aku. Tidur ngan mama. Awww ! Best2 ! Rasa macam kanak-kanak kembali. Weeeeee~~sonok2 ! Hehehe !


Handphone aku dari tadi tak disentuh. Malaih nak pegang. Tadak sapa nak mesej dan dimesej. Bosan. Kredit pun tak berapa nak ada. Aku masih lagi bengang dengan Maxis sebab tarik kredit aku sampai RM 2.00 untuk caller ringtone tanpa bagi apa-apa amaran. Selalunya dia akan antaq mesej kata, “ Your caller ringtone will be renew on bla...bla...”. Macam tu la lebih kurang tapi kali ni tadak. Haree toi. Bengang gila. Dah la aku baru topup. Mangkuk hayun toi. Kalau aku taw, boleh juga aku p delete dulu crt sebelum dia mai tarik kredit. Huhh. Tapa. Aku redha. Huuuuuuuuuuu.


Aku tengok pulak handphone aku yang kedua. Pun tak berbunyi. Handphone ni aku khaskan untuk no Celcom. Tak banyak yang taw no Celcom aku sebab aku tak suka diganggu. No ini private bagi aku. Untuk no Celcom ni, aku pakai handphone murah ja. Nokia 1600. Cukup sekadar hantar mesej, terima mesej, call dan di call. Simple.


Aku tengok pulak handphone ketiga aku. Yang ni lagi la tak berbunyi sebab tak guna Sim Kad. Hehehe. Kalau nak dengar lagu, baru la aku buka handphone tu. Banyak lagu Indie kegemaran aku ada dalam memori 2GB tu. Sound dia best. Sangat kuat oo. Siap ada TV lagi. Kalau aku malaz nak pegi ruang tamu, aku tengok TV kat handphone aku sudah. Sape pun taleh kacau. Haha !

Taip punya taip, tak sedar la pulak masa dah berjalan dengan begitu pantas sekali. Dah nak pukul 4 pagi dah. Lama bebenor aku tulis. Panjang pulak tu.
Siap post ni, aku nak bukak Facebook aku yang bilangan kawan dah mencecah 5 000 lebih. Sesetengah tu aku terpaksa delete sebab friend request yang berlambak terutama dari jejaka nsem membuatkan aku tak boleh nak menolak mereka. Hahah ! Sorry wey. Haha ! Aku pun nak cari boyfriend gak. Haha !

P / s : Sabtu ni aku exam weyy. Wish me luck k sayangg ! ^_^ Tata !

Monday, October 18, 2010

Shortform is Fun =))

Isnin, 2.04 pagi.
Bosan. Tu je yang dapat aku rasa sekarang. Orang lain mungkin sedang tidur nyenyak sekarang tapi aku masih menghadap komputer.
Aku ingat nak online je Facebook, tapi bila mengenangkan acceleration internet yang agak nazak, aku batalkan niat aku. Mencik. Nak tunggu loading satu page pun...haiyaa...baik aku p masak maggi cepat lagi. =_=
Kalau aku tau la lembap, tadak aku nak p bayaq duit tenet ni. Harapkan rindu seseorang ja kat dalam fb, kalau tak..eeee..tak de nye aku sentuh fb.

Entah kenapa. Hari ni. Mood aku jadi down. Down sungguh. Baby are you down, down, down, down, down. . .erk. . .Tadak kena mengena dengan Jay Sean.

Aku lihat Facebook dia. Wahh, dia online la. Melompat kegirangan hati aku !
Tapi..sayangnya..hati aku terhantuk dinding. Adehh.
Aku ternampak dia main komen with that girl. Perempuan itu pernah bertakhta di hatinya satu ketika dulu. Mereka pernah menjadi topik yang hangat di sekolah tapi masing-masing menafikannya. Bagai artis.

“ Tak la.”
“ Mana ada.”
“ Bukan lah.”
“ Kawan biasa ja.”
“ Aku ngan dia memang rapat tapi tak lebih, tak kurang.”
Bla...bla...bla....whatever hipokrit.

Apa kaitan aku dengan dia ? Any relationship hidden ?
Tak. Tadak pa. Boleh dikatakan kawan rapat ja.
Yes, aku minat dia.
Yes, dia tak minat aku.
No, dia tak curang ngan aku.
No, aku tak tipu.

Lupakan pasal tu. Mencik.

*****************************

1 - Anak-anak murid semua, kita mestilah FUCK. Kalau kita tak FUCK, nanti kita akan ketinggalan.

2 - Selain itu, BUTUH  tiba, kita hendaklah menyediakan sesuatu yang akan menggembirakan hatinya tidak kira lah dari segi apa pun. Kita nak lihat dia tersenyum kan ? So, buat lah something ! Jangan keras saja !

3 - Seterusnya, BODOH, hampa jangan lah lari. Buat la apa yang patut. Takkan selamanya nak kena kacau kan ? Takkan la nak orang panggil kau lembik ? Come on la !

4 - Di samping itu, pernah tak hampa hadapi keadaan BABI ? Mesti pernah kan ? So, apa nak buat ? Buat dunno ja ? Marah ? Geram ? Wehh...jangan..! Hampa tanya la dia apa yang tak kena. Kot la dia terasa hati dengan hampa. Mana la nak tau kan..hati dia, bukan hati kita.

5 - Pernah tak hampa tulis SUCK ? Haha ! Mesti pernah kan ? Alaa...kalau bukan di atas kertas, dalam henpon pun boleh..malah hantaq wall post kat facebook pun la ni boleh dah ! Tapi janganlah asyik tulis SUCK saja..kita mestilah SUCK. Baru betul.

Paham apa yang aku cuba tulis ? Tak paham ? HELL.. Tekan bawah.

Monday, October 4, 2010

Tragedi September


Bye-bye September,
Hello October.

Laaaaa. Dah masuk bulan 10 rupanya. Sungguh aku tak sedaq. Cepat sungguh bumi berputar. No wonder la aku asyik dok pening pala. Bumi punya pasal la ni. Erk..(=_=”) Lupakan.


Tak salah aku, sekarang masih lagi bulan Syawal kan ? Ya. Dah masuk Syawal yang ke 24 dah pun. Sungguh aku tak sedaq. Aku ingatkan dah habeh dah. Mood raya langsung tak terasa. Percaya atau tidak, raya tahun ni aku langsung tak sentuh ketupat mahupun lemang. Kenapa ? Entah. Hari tu tanya perut, dia kata dia tak lalu. Tanya mata, dia kata dah jemu. Tanya selera, dia kata tadak feel nak makan. Cerewet sungguh ! Okeh. Stop merapu. Kita teruskan dengan pelajaran kita.

Baiklah anak2 muridku semua, sila bukak buku teks Blog kamu, bab ke 10 – Tragedi September, muka surat 3-10-2010. Hari ni kita akan meninjau apa yang telah terjadi kepada Datin Nur Najaa sepanjang berlalunya bulan September.
*Entri ni panjang so sila sediakan secawan milo atau kopi bagi mengelakkan hampa tertidoq.*

Fid Yuuji ! ”
“ Ya cikgu ! ”
“ Sila baca karangan diari pertama di dalam buku teks nih. ”
“ Baik cikgu. ”


Awal bulan September. ( Sebelum Raya )
Tinggal lagi beberapa hari ja lagi nak raya. Orang lain semua pakat dok sebok hias rumah bagi lawa. Ada yang serbu Pacific / Alor Setar Mall / Giant / Tesco / City Plaza semata-mata nak cari baju raya terbaek a.k.a yang paling top. Ada jugak yang nak cari kasut baru, seluar baru, baju baru, purse Gucci baru, handset baru, awek baru, balak baru, even spenda dan bra pun nak yang baru. Wahh. Ini sudah gilak.
Ada yang sudah beli benda2 alah ni awai lagi sebelum Ramadhan menjelma. Bagi aku, aku cuma sempat beli segala keperluan raya ni 4 hari sebelum raya. Semuanya mak saudara aku yang belikan. Terima kasih banyak2 mak jang dan mak ngah. J Really appreciate all that although kasut aku harganya RM 59.90, baju raya warna koko harganya RM 95.00, baju jenjalan RM 29.00. Terima Kasih ! Tak lupa jugak buat mak yang sanggup beli kat aku baju raya warna ungu yang harganya mencecah RM 89.00. Mak, terima kasih. Sayang mak.


Syed Ahmad, hang jumpak aku bukan nak teguq. Haree sungguh. Ingat aku tak nampak ka hang bukak posa kat City Plaza ngan awek mana tataw tapi ramai gila geng hang. Aku dok sebelah hampa ja wei. T_____T.

“ Okeh. Chip Alfred ! Baca yang seterusnya. ”
“ Baik cikgu. ”

Pertengahan September. ( Raya Time ! )
1 - Tahun ini aku telah mencatat rekod dunia aku yang tersendiri. Kenangan tu aku sematkan dalam Najaa Wonderbook of Record. Tahun ni, buat pertama kalinya aku tak beraya dengan mak. Semuanya gara-gara aku tak mau balik beraya di kampong. Sumpah mak. Raya kat sana bosan wohh. Sekali sekala raya kat Aloq Setaq pun best gak mak.

2 – Wow. Aku dah besaq rupanya. Haree. Duit raya sikit jak aku dapat tahun ni. Mencik !! T___T.

3 – Syafiq Sa’aiman ! Terima kasih sebab sanggup mai raya ngan aku walaupun hang mai rumah aku tak pakai baju raya. Tapa. Aku tak kesah. Janji hang mai. Hahak ! Btw, nset hang canggih gilak weh. Screen touch tuu.

4 – Mak Teh ! Pak Teh ! Terima kasih sebab sanggup beraya kat Kedah walaupun tak rancang pun nak balik Kedah. Ya la. Dok KL. Jauh. Kena sedia duit minyak, duit tol, duit makan, malah duit masuk tandas. Walaupun balek sat saja tapi tapa. Asalkan dapat jumpa pun dah cukup happy. ^_^.

“ Cukup. Afiq Lutfi. Sambung. ”
“ Tamaw. ”
“ Nak sebat ka tibai? Pilih.”
“ Baca. T__T ” ( cikgu kejam ! )

Minggu Persekolahan ( Lepaih cuti raya )
Bala. Musibah. Cubaan. Halangan. Dugaan. Ujian.
Minggu ni adalah minggu paling SUCK. Yeah, let me repeat it again, SUCK ! Aku tataw apa salah aku sampai semua jenis ujian mai kat aku. Taleh ka p kat orang lain ?
1 – Dituduh sebagai perampas kekasih sudah cukup membuatkan hati aku terguris biarpun aku tak pernah buat.

2 – Dituduh pernah keluar dengan lelaki pada waktu malam, naik moto berdua. Gilaa. Inilah tuduhan paling kejam aku pernah terima. Dah la keluaq rumah waktu malam pun mak aku tak bagi, apatah lagi nak naik moto dengan laki waktu malam ? Hello, pikiaq la sikit. Aku pun ada maruah ok. Aku masih waras.

3 – Mama keguguran. Ni dah masuk kali kedua dah. Maybe kerana faktor usia atau mungkin juga kerana Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih besar untuk mak aku. Mak, sabaq je la ye. Tadak rezeki. Senyum ye mak.

4 – Putus cinta. Hahah. Boooo. Benda ni aku tak kesah sangat pasai aku taw ramai yang sayang aku. Hahak ! Biarlah hang nak kata aku gedik ka apa ka, yang pasti, aku masih lagi mempunyai kawan yang sanggup menemani aku di kala sedih dan senang. Aku masih lagi mempunyai sepupu yang setiap hari cuba menceriakan aku. Aku masih lagi mempunyai adik yang saban hari dok buli aku. Hahak ! Sayang hampa weh.

Tammat.

Oh bulan October, semoga kau memberikan aku kegembiraan untuk menggantikan hari2 sedih aku pada bulan September. Sekian.

P/S : Adik aku nak PMR dah Selasa ni. Babe, hang jawap elok2. Tok sah dok main2 sangat. To all PMR Candidates on Malaysia, GOOD LUCK SAYANG !! ^_^

Fid Yuuji, selamat hari jadi. Nak wish siap2. :)
Arif Zukri, selamat menjadi blogger yang terbaru. Hahak !
Afiq Lutfi, saya sayang anda gilak tawu. ^_^
Abang Zack, bila mau update ? rindu gilak tawuk !!
Wana gilak, haa. macehh jadi follower. :D dan selamat menjadi blogger jugak. :D
Hiyy, anak mak ! mak sayang hang ! ^_^
Relofa, dah baik dari eksiden ? lama hang tak mai blog aku wehh. :(

Post Aku

Related Posts with Thumbnails