Saturday, August 21, 2010

Surat Berantai

* Bunyi mesej.*
* Buka mesej, baca.*

Sebelum akhir bulan ini, katakan I LOVE YOU kepada 15 orang kawan anda.
Sekiranya anda tak melakukannya, tahun 2010 akan menjadi tahun yang MALANG. So, I LOVE YOU my friend. It’s true.

Saudara ISLAM kita sedang sengsara akibat perbuatan zalim Yahudi. Pemimpin Hizbullah menyeru org ramai agar berdoa untuk mereka demi kebebasan mereka. Forwardkan mesej ini kepada 9 orang kawan anda. Sekiranya anda tak sebarkan, nescaya anda akan mendapat NASIB BURUK selama 9 TAHUN. Adakah anda mau menerima nasib itu hanya kerana xmahu korbankan 9sen ? Fikir-fikirkanlah. Demi ISLAM !!

Pernah dak hampa dapat mesej cam ni atau pun mesej yang sewaktu dengannya ? Mesti pernah kan. Muhong r kalau tak pernah dapat kecuali kalau hang tak pernah pakai handphone. Zaman batu ahh hang.

Dah banyak kali aku dapat mesej cam tu sampai aku dah naik muak+meluat. Bagi yang innocent, mesti dia akan turutkan saja macam aku dulu. Huh! Punya la takut konon-konon dapat nasib buruk, cepat-cepat aku p forward kat kawan-kawan aku. Yang harre nya, boleh kawan aku p send balik kat aku. Cilake. Habeh la kdit aku woi nak kena send lagi. Hampeh kau. !

Lepas send tu, aku ingatkan dah boleh rilex la kan sebab dah lepas SUMPAHAN MESEJ tuh. Tak sangka kawan aku p send kat aku lagi. (T_T). Kali ni versi yang lain tapi situasi yang sama. Isinya depa ubah sikit tapi SUMPAHAN NASIB BURUK tu masih ada malah makin bertambah tahun MALANG tuh. Gilaa. Daripada 9 orang, depa gatai2 p tambah sampai 15 orang pulak. Kalau 9 orang untuk 9 tahun, 15 orang pula untuk. . . 15 TAHUN ?? Ekau biar bonar weh ! Ini dah melebihi had ! Daripada budak innocent tuh, aku bertukar menjadi INCREDIBLE HULK ! Hiyakk ! Mula aku nak mengamuk nih. Entah sapa la yang reka semua mesej-mesej karut-marut tuh.
aku nak cekik kau !!

Mengikut kata-kata orang, mesej tuh dipanggil Surat Berantai atau dalam bahasa omputih we called it Chain Letter. Senang2 hampa tengok lukisan buruk aku nih. Cam lukisan budak tadika ja aku tengok.
erk..paham dak ? (=_=")

Bermula daripada si setan penghantar mesej, dia turunkan kepada kawan dia, kawan dia forward kat cik awek, cik awek forward kat encek balak, encek balak forward kat abg, abg forward kat adik, adik forward kat kakak, kakak forward kat mak, mak. . . bla. . . bla. . . bla. . .pendek kata, cam tu la dia tersebaq p merata dunia.


Aku tanya kawan-kawan aku, semua suruh jangan amek peduli, buat dunno, tayah layan. Fine. Aku memang tamaw layan tapi kalau dah sampai satu tahap di mana tahap kesabaran ku dicabuli, sememangnya aku akan marah habis-habisan. Huh.! Bukan ape, hari tu, masa aku ngah lepak2 chill depan tb, ade la sorg hamba Allah ni mai hantaq mesej kat aku. Mesej dia cam ni, aku bt singkatan sebijik cam yang dia hantaq kat aku.

“ Jgn bgga dengan jas n brdasi krna pkaian trakhir kite adlh kain kafan. “ Jgn bgga dgn mobil n motor krn kndraan trakhir kte adlh keranda. “jgn bgga dgn rmh n istanamu krn tempat perisrhtn mu terakir adlh kubur “ jgn bgga dgn kecantikn n ketmpanan mu krn akhirnya hnya sntpn cacing tnh.. Saya bersumpah demi Allah , demi islam sya akn sbr kn kr 15 tmn sya. Jika saya melanggar nya, sya akn disumph dn dpt nsib malg, n sgla usha sia2. Maaf, anda dah bernazar. Sila sebarkn. Sya juga brkorban.

Hang nampak dak kenapa aku marah ? Ya, perkataan NAZAR tuh. Dia ingat benda ni boleh dibuat main kot. Dia tataw ka makna nazar tuh apa ? Dia taw dak hukum langgar nazar ? GILA !!!!! Sebab tu la aku marah gila bangang nih, aku rasa cam nak je maki si pembuat mesej nih. Aku rasa cam nak je sepak+terajang laju2 kat badan dia. Potong 18 buat tatapan harimau pun best gak nih. Kasi lenyek dengan tren atau kereta kebal. *Aku memang kejam. No apologize for this person.*

Hoho. Kejam jugak aku rupanya. Baru taw. Muahaha ! Kepada sapa2 saja yang dapat mesej macam aku tuh, ingin sekali aku jelaskan di sini, itu BUKAN NAZAR okeh. Nazar ni setahu aku mewajibkan diri untuk melakukan sesuatu amalan dengan niat nak mendekatkan diri kepada Allah. Dalam hal ni, aku tengok..macam bukan ja. Tak kena langsung. Mesej ni saja nak perkena orang nih. Aku cukup meluat dapat mesej cam nih. Serius, aku cam nak je p siasat sapa yang reka segala mesej2 tuh dan dari mana dia disebarkan.

Tak cukup di handphone, depa gatai p send kat inbox email aku plak. Lepas maju sikit, depa p hantaq kat mesej di Facebook plak. Huh ! Nyampah aku. Menyemak je. Aku kalau dapat surat2 cam tuh, serius aku padam je. Peduli ape aku nasib malang ke, hapa ke, aku TAK KISAH, aku TAK CAYA, aku BENCI, aku NYAMPAH, aku MELUAT, aku...ape g ? Lantak la. Dapat je kat aku, aku padam then aku akan marah si penghantar sebab caya benda karut2 ni. Uztazah Datuk Dr Mashitah pun ada cakap yang sesiapa yang percaya menate2 tuh, ia adalah unsur2 syirik. Soal nasib malang ke ape ke itu semua dah tertulis di tangan Allah. Hang sapa nak ubah semua tuh ? Uztazah juga cakap jangan sebarkan mesej tuh ( konon2 takut kalau tak forward sat g dapat nasib buruk ) sebab ia akan menggugat akidah kita.

Sekian tazkirah aku. Huhu. Just for a reminder untuk hampa semua, kalau dapat surat berantai, tolong JANGAN PERCAYA petak2 okeh ! Peace dudes ! Aku ngantok ni. Nak tidur. Bye.

P/S : Aku dah 16 rupanya. Dah boleh amek lesen motor. Weeeee~~ Tapi..aku bawak motor pun tak reti..T_T...sapa2, mai ajaq aku weh..T_T..

Wednesday, August 18, 2010

Selamat Hari Lahir Najaa

Hari ni aku tamaw tulis panjang-panjang. Tajuk entri pun dah jelas menunjukkan tujuan aku. Aku saja tulis entri ni lambat. Hajat memang nak tulis awai2 lagi tapi hati tak da mood. Kenapa ? Aku pun tataw.


15 Ogos
Aku nak ucap terima kasih sangat2 kepada semua kawan-kawan aku yang wish epy besday kat aku. Semua pakat ucap kat wall facebook ja. Kat henpon, ada la dalam sorg dua. Yang pasti memang banyak nak mampoih semua ucapan tuh sampai tak terkira tangan aku ni nak taip " Thank You !! ^_^ ♥ ". Semua aku balaz dengan comment yang sama kecuali sesetengah orang.


Aku punya la rajin, balas semua wall post sampai facebook sekat aku. Gyahaha ! Dia kata aku balas komen cepat sangat. Aku kena slow down sikit. Mau tak cepat, aku pakai copy ja pun. Ngeee~~ Cerdik kan aku ? HAHA !


Call free yang maxis bagi aku tak manfaatkan. Hoho. Aku guna sat ja. Petang tu aku call orang yang aku rasa nak call ja. Malam tu baru aku call balik orang yang aku janji nak call dia balik. Ada yang aku tak call balik sebab aku lupa. Huhu. Maxis bagi sehari ja. Tak puas aku. Huh. Celcom dapat gak. Tapi aku tak buat 8pax so, xleh call orang. Kdit pun tadak. Malaz ahh aku. Biarkan sahaja.


18 Ogos
Hari jadi adik aku ngan aku tak jauh beza pun. Selang beberapa hari ja. Maybe sebab tu aku ngan dia sememangnya sehati sejiwa. Kami dua memang rapat. Kalau tadak dia, dunia aku ni sunyi ja. Gelap gulita. Dia la cahaya dalam hidup aku. Heee~


Adik. Hang dah jadi adik aku selama 15 tahun weh. Aku sayang hang. Hang jangan nakal2 sangat nahh. Aku tak suka hang dok buat perangai, buat gengster kat sekolah, buli junior, dan segalanya la. Hang la adik aku forever and ever and ever and ever. Hang la besties aku. Dengaq cakap mak weh. ( Aku pun, hampa pun ). Tadak hadiah tapi aku nak peluk hang boley ? Ngeeeee~~~ ^_^
Aku malas nak tunjuk muka kami dua. Malu ahh.


Sekian.


P/S : Sila sayangi adek anda. Hhah ! :) Peace.

Friday, August 13, 2010

Gelagat Puasa


Salam~
Dah berapa lama aku tak hapdet weh ? Aku pun tak sedaq. Idea tamaw mai. Mula-mula otak dah pikiaq dah benda yang best, pastu ntah cam na, dia hilang balik. Cilake. Huh. Oh ya, Aku dah ubah header aku. Heheh ! Aku reka sendiri. Lawa dak ? ngeee~~~
Background pun aku ubah sikit. Heheh ! :)

Sedaq tak sedaq, dah masuk bulan Ramadhan pun. Semua umat Islam kat dunia sekarang sedang berpuasa kecuali orang yang uzur seperti aku. Heheh. Tahun ni dah masuk tahun yang ke-3 aku tak puasa di awal Ramadhan. Sedih tu memang sedih tapi nak buat cam na, pompuan ni special sikit. (T_T).

Tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa ngan fesbook aku. Heheh.! Macam2 yang terjadi di fesbook skunk sampai aku boleh senaraikan semua. Huhuh.

1. Setiap hari, ada saja yang ubah status. Dah la tu, semua letak benda yang sama.
“ Selamat bersahur semua.”
“ Selamat berpuasa semua.”
“ Selamat berbuka semua.”
Kalau first day aku boleh tahan g, ni tak, kalau setiap hari post benda yang sama, naik jemu aku weh ! Tayah la boh weh~ Semua orang mau tau sendiri ar. Poyo ahh.

2. Tagged.
Bukan laman web tagged tapi tagged. Apa aku merepek ni weh ? huhu. Asal aku buka home je, mesti ada orang yang kena tagged dengan gambo ketupat, ucapan puasa, ucapan raya, masjid, dan banyak lagi ahh dan hampir kesemuanya berkaler hijau. Kaler lain taleh ka weh ? Buat masa skunk aku belum lagi kena tagged dan aku tak harap pun kena tagged sebab notify yang masuk amat lah merimaskan aku. (=_=)

3. Gambo profile berubah.
Yah..satu perubahan yang amat drastik telah berlaku kepada gambo profile kaum wanita. Dari tidak bertudung bertukar kepada gambo bertudung. Bagus tu bagus tapi aku ada nampak sowg member ku tulis di status dia, dia kata “depa” hipokrit. Dia suruh jadi diri sendiri. Erk..cik abg, tapa kot kalau depa nak ubah sementara daripada tayang gambo seksa kan ? hoho ! Kata kat orang, ekau pun sama ja Naja oi ! dah stop. (+_+).
*tapi dalam hati aku sokong kata2 cik abg tuh. Huhu. Wateva.*

Bukan tu saja, para blogger pun pandai amek kesempatan wohh. Semua pakat nak update tentang puasa. Ada yang post tentang maksud puasa, kenangan puasa, kelebihan puasa, kebaikkan puasa, waktu buka puasa and so on. Aku tak kisah pun semua tuh. Suka hati depa la pasai tu blog depa. Tapi kan, kalau semuanya pakat copy and paste from website, di manakah ke-originality nya ? Di mana kah keseronokkan nya ? Huh. Semuanya membosankan aku.

Lagu. Ya, lagu. Setiap tahun, ada saja lagu baru yang akan kuaq. Trend ahh tu. Bila masuk ja bulan Ramadhan, ada la lagu2 sewaktu dengan nya akan kuaq. Kalau bukan bulan Ramadhan, bulan Syawal pulak. Bulan Syawal jangan cakap ahh. Memang berlunggok lagu raya yang akan kuaq tak kisah la lagu lama atau baru, semua akan kuaq di corong-corong radio dan kaca televisyen anda~

Aku boleh tahan dengan lagu2 raya tu dalam seminggu ja kot pastu aku mula bosan kembali. Hoho ! Cuma lagu puasa Raihan and Man Bai ja yang aku tak jemu. Tertarik gila dengan teknik Raihan buat lagu. Special+unik+menarik. Masa tu Nazri ada g, skunk dah bergerak secara solo. Huhu. Demit, aku rindu Nazri weh. Suka dengaq soqa dia. (T_T). Aku berani cakap, Raihan la satu2 nya kumpulan nasyid yang aku minat. Yang lain boleh la.
Aik ? Aku rasa macam dah terkeluaq tajuk ja ni...mengong.

Hah ! dah siap pun satu entri tanpa perlu aku pikiaq papa pun. Hee. Bagus betul encek otak ni. Pandai dia buat idea secara senyap-senyap. Nak kena ni encek otak. Heheh ! Nanti cik blog kasi duit raya nahhh ! Haha ! :D

Monday, August 9, 2010

Seloka Blog


Assalammualaikum pembuka kata
Entri kali ni luar biasa
Bukannya kerana apa-apa
Hanya kerna cik blog nak berseloka

Sehari tak update
Sedih mendatang
Bila dah update
Gembira bukan kepalang

Kerja otak fikir-memikir
Khas untuk follower semua
Bila entri dah terukir
Apa lagi, tengoklah semua

Follower banyak konon famous
Tengok entri haram tak best
Kau tengok syazril tak harap famous
Tapi setiap entri gila best

Hias blog bukan main
Alasan kerna nak tarik pengunjung
Kalau entri pun buat main-main
Jangan harap la diowang nak kunjung

Sini iklan, sana iklan
Letak tajuk suruh klik
Kalau tangan pun dah segan
Ade ke orang nak klik ?


Post sana, post sini
Tujuan hendak promosi
Tak harap pun traffic tinggi
Hanya harap karya dihargai


Hye2 kata temu
Bye2 kata pisah
Jikalau tuan hamba dah jemu
Tidak mengapa, beta tak kisah

Saya sekadar ingin meluahkan rasa
Semua ini rekaan semata-mata
Kalau hati dah terasa
Tiada kata hanya maaf dipinta.


P/S : Aku ni tak la reti nak berpantun / seloka sangat. Aku buat pun suka-suka ja. Tiba-tiba ja idea mai kat otak aku, aku pun tulis ja la. Kebanyakkan aku tuju untuk kawan-kawan blog aku yang dulu. Skunk depa tak guna dah blog. Aku pun tataw awat. Tapalah. Asalkan aku guna blog lagi. heheh ! Adios ! :D

Wednesday, August 4, 2010

Aku dan Shoutmix ku...

Pada suatu hari, di hari yang cukup indah, tersadai aku di depan desktop. Tataw nak buat apa. Dalam otak macam2 perkara ligat berputar. Akibat terlalu bosan, aku pergi menjenguk blog kengkawan yang semakin hari semakin femes sedangkan aku masih tidak sefofular mereka namun bukan itu yang aku nak gtaw. Semasa sedang menyinggah tu, aku ternampak satu benda yang chomey berwarna-warni. Apekah benda itu ? Tertulis di situ, "SHOUTBOX". Apekah ???

Inikah shoutbox ?

No la. Benda tuh shoutboxmix ataupun shoutbox. Kawanku kata, menatang tuh khas untuk blogwalking. Blog boleh jalan ka wey ? Kalau blogwatching agak masuk akal. Bermacam-macam jenis pesanan yang dapat ku lihat. Dari hye2 sehingga lah ke bye2. Disebabkan aku tengok macam best ja, aku pun join la da club.

Di sinilah segalanya bermula....

Aku letak kat blog aku. Whoaa ! Ramai juga yang beri pesanan ! Antaranya..

"Hye ! Nice blog ! Follow me !"
"Singgah sebentar. :)"
" Lawat sambil tekan mangga"
"Lawat la blog saya juga!"
"One Drop Perfume. wangian yang kekal sepanjang tahun hari.Maklumat lanjut di blog saya."

What da heck ? Nak suruh aku follow kau ? Kalau blog hang syok macam blog zack atau karingeri, mau jugak aku follow. Ni dak. bosan je aku tengok.
Singgah sat ja ? Ceyy. Lawat blog hang ? Kalau aku rajin, aku p laaa.
Then tetibe iklan One Drop Perfume mai melepas kat shoutbox aku pesal ? Mengong.
Cukup2 la iklan kat tv tuh. Takkan kat shoutbox aku pun hang nak cemarkan dengan wangian tuh ? Huhh. Nyampah2.
Hampa buat shoutmix aku macam tempat iklan. Walaupun dah kasi amaran, hampa masih lagi letak. Buta kah ? Rabunkah ? Ketegaq kah ?

Setelah sekian lama berchenta..akhirnya..aku dah buat keputusan yang aku rasa dari dulu g aku nak buat. Yeah ! Padam shoutbox !!! Walaupun shoutbox aku shout sekuat hati mana pun tapi aku takkan dengar sebab aku dah nekad. hohooh !

Kini tinggal kenangan~~
Selamat tinggal Shoutbox kuh..

Good Bye..{ sapa tataw ni bahasa apa, meh aku luku pala }

Babai..{ bahasa aku }

Sayonara { Jepun }

mabuti / paalam { Filipina }

jagbyeol insa { korean }

tam biet { vietnam }

Adios ! { Portugis+Itali }

zai jian { chinese }

elveda { ayam Turki }

Aku padam sebab :
1. Tak suka kekasih aku tu dijadikan tempat iklan.
2. Hampa mai jenguk blog bukan nak komen blog tapi komen kat shoutbox ja.
3. Taw dak benda pertama yg hampa cari di sesebuah blogger tuh apa ? YA, SHOUTBOX.
4. Sesetengah tu suka sangat komen banyak2 kat shoutbox. Taw sebab pa ? NAK PROMOTE BLOG DIA YG JELIK.
5. Ada org tu suka komen kat shoutbox sebab nak suruh kita follow blog dia. Gedik ! Blog aku tamaw plak kau follow !

Kebaikkan shoutbox :
1. Boleh taw orang yang lawat blog kita.
2. Boleh jejak blog orang lain.
3. Boleh chat2 kat situ.

P/S : Kalau ada yang terasa, eden mintak maap tapi tu la realitinya. Lepas ni kalau nak tulis singgah ka apa ka, tayah. Mai komen entri aku lagi best. Hoohoh !

Monday, August 2, 2010

Menghitung Hari...

Dah masuk bulan 8..
MySpace
Bulan yang aku tunggu sangat-sangat..
Setahun sekali je die datang..
Pastu kena tunggu setahun lagi...
Penat taw dak..(T_T)


Sebab ?
Tak lama lagi hari jadi aku..heee..15 August..
MySpace


Tahu ape yang best sekali tentang birthday aku tahun ni ? Heee..
Cuba hampa tengok kalendar...
Lihat tarikh 15 Ogos..hari apa ?


Aku tau la hari Ahad tapi ada maknanya di sebalik hari Ahad tuh..^^
Yeah !
Birthday aku jatuh pada bulan Ramadhan, bulan yang sangat mulia. Wahh, bertuah nya aku..^^..Masa tu baru masuk Ramadhan yang ke 5. 
Waktu berbuka tu boleh diibaratkan tengah raikan hari jadi aku la tuh..
Ahh..nikmatnya..^^
So..disebabkan aku tengah happy nih, aku ingat nak bagi hadiah kat follower aku la..
Nak dak ? Of course la nak kan..hampa bab2 hadiah cukup mau noh..haha !


Hadiah dia apa ea ? Kek ?
Tak..cam na aku nak bagi kat hampa ? Kang semut curi kek tuh..heheh. :D
Hadiah die..ni ha..top up je pun..^^. RM 5+5=??..
Pilih je nak yang mana antara ketiga-tiga network nih tapi amek satu ja la. Mintak lebih, aku kasi siku. ahah ! :D
Tapi..ada la syaratnya..hehehheheheehhehe..


1. Terbuka kat follower aku ja..yang belum jadi, sila jadi.aha ! Jangan nak menipu okeh sebab aku boleh check sama ada hampa follow aku ka dak. Kepada ahli keluarga aku, hampa taleh masuk nahh..


2. Hampa kena reka satu ucapan / slogan hari jadi kat aku dengan sekreatif-kreatifnya. Yang paling menarik perhatian aku / paling best / paling kreatif itu lah yang akan jadi pemenang.


3. Hantar sekali ja. Taleh dua kali.


4. Tarikh luput contest ni - 15 Ogos. Tak lama ja lagi. Aku saja buat lambat.


5. Pemenang akan diumumkan pada 18 Ogos. Aku akan buat entri khas untuk pemenang tuh. Bagi nombor, nanti aku top up kan.


Habeh. Ucapan tu sila karang di ruangan komen aku. Macehh..
MySpace


update : dah TAMAT. BABAI.

Post Aku

Related Posts with Thumbnails